Tuesday 23 August 2011

Tips Shopping Raya


Hari Raya Aidilfitri bakal disambut tidak lama lagi. Ketika ini, pasti banyak keluarga yang sedang merancang atau telah membeli-belah sempena Aidilfitri.
Apabila Ramadhan tiba, pasti banyak tawaran promosi di pasaraya mahupun kedai biasa. Maklumlah, ketika inilah nafsu membeli di kalangan pengguna sangat tinggi.
Namun, kita perlu sentiasa beringat untuk berjimat-cermat dalam perbelanjaan kita, supaya kita tidak membazir. Sesungguhnya membazir itu amalan Syaitan.
Berikut kami kongsikan sedikit tips berbelanja sempena Aidilfitri untuk manfaat kita bersama :
1. Buat persiapan awal. Jangan beli secara tergesa-gesa.
2. Sediakan rancangan perbelanjaan dan senarai barang-barang yang hendak dibeli.
3. Buat belanjawan.
4. Beli mengikut kemampuan masing-masing.
5. Janganlah berbelanja jika anda ingin bersaing dengan kawan-kawan atau jiran anda.
6. Elakkan berhutang. Jika terpaksa membeli secara ansuran, pastikan anda mampu membayarnya secara bulanan dan tidak melebihi kemampuan kewangan anda.
7. Jangan membeli lebih daripada yang dirancang.
8. Berhati-hati menggunakan kad kredit.
9. Pastikan anda membuat perbandingan harga dan kualiti sebelum membeli.
10. Belilah barangan yang menawarkan harga jualan yang lebih murah.
11. Sekiranya membeli barang-barang secara pukal, gunakan perkiraan unit harga untuk melihat sama ada ia lebih murah daripada membeli secara berasingan dalam unit kecil
12. Semak supaya anda tidak membayar lebih daripada yang sepatutnya kerana kesilapan pengiraan oleh juruwang.
13. Periksa semua barang yang dibeli. Pastikan tiada sebarang kecacatan atau kerosakan pada barang.
14. Jangan membeli kerana terpengaruh dengan iklan.
15. Periksa tarik luput untuk barangan makanan.
16. Beli pakaian yang sesuai dengan peringkat umur pemakai serta periksa kualiti kain. Untuk kanak-kanak, beli saiz pakaian yang lebih besar sedikit kerana mereka membesar dengan cepat.
17. Gantikan perhiasan yang perlu ditukar sahaja.
18. Gunakan kreativiti anda untuk menghias rumah tanpa menggunakan perbelanjaan yang besar.
Sumber : Kempen Konsumer Kebangsaan

No comments:

Post a Comment